Wednesday 13 December 2023



7.12.2023 AADK DAERAH PASIR PUTEH   telah mengadakan pertandingan "Bowling Tertutup Piala KD 2023" yang bertempat di Billion Kota Bharu.Tujuan progaram ini diadakan adalah untuk mengiratkan lagi hubungan diantara staff aadk dan memupuk semangat kesukanan.









AADK DAERAH PASIR PUTEH Pada tarikh 29.11.2023 telah berjaya menangkap hasil belut bersama dengan klien pengawasan di sekitar Pasir Puteh.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu namun ianya tidak menghalang bagi klien dan juga kakitangan untuk melihat hasil tukir.






Thursday 23 November 2023

 Menangkap Hasil 'Tukir Belut" (SIRI 1)


Ketibaan musim tengkujuh beri limpahan rezeki buat pencari belut sawah.Ketika musim tengkujuh, belut lebih ‘galak’ naik ke darat berbanding pada musim biasa dan permintaan terhadap haiwan itu amat tinggi di pasaran. dengan menggunakan umpan ikan rebus yang diletakkan di dalam perangkap atau tukir,mampu menangkap kira-kira lapan hingga 20 kilogram belut sehari.

Selain itu,harga ikan belut hidup atau sejuk beku yang ditawarkan adalah berbeza dan permintaan terhadap yang hidup lebih tinggi berikutan ia boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
"Harga ikan belut hidup dalam RM18 sekilo, kalau sejuk beku kira-kira RM9 hingga RM10 sekilogram.
"Ikan belut ini boleh hidup dalam empat hari selepas ditangkap dan boleh disimpan dalam tong sehingga dua bulan,"








 

BELUT kebiasaannya ditangkap menggunakan tukir diperbuat daripada batang paip polivinil klorida (PVC) atau buluh yang diletakkan di kawasan sawah atau tali air.

​Tukir yang berperanan seperti bubu ditinggalkan di kawasan terbabit sebelum pencari belut datang dan mengambil hasil tangkapan yang masuk ke dalam alat itu keesokan harinya.

“Permintaan terhadap belut amat tinggi dan harganya boleh mencecah RM30 sekilogram bergantung kepada gred, jenis dan saiz,























Apa itu belut? 



-Belut adalah sekelompok ikan berbentuk seakan  ular yang termasuk dalam kategori Synbranchidae.

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

​-Belut sawah (belut air tawar yang hidup di lingkungan sawah) dan belut rawa (belut air tawar yang hidup di lingkungan rawa atau paya gambut) adalah sejenis belut atau spesies ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga besar Synbranchidae.
Belut air tawar dengan nama umum Asian swamp eel atau swamp eel ini membawa nama saintifik yang berbeza meskipun tidak memiliki perbezaan yang ketara.


Belut sawah (Monoprerus albus)




-Belut Sawah memiliki nilai ekologi dan juga nilai ekonomi. Jenis belut ini mudah beradaptasi pada lingkungan yang kurang baik sehingga menjadi indikator pencemaran di suatu lingkungan.
Sesuai dengan namanya, belut sawah hidup di sawah padi yang berasal dari laut, lalu beralih ke sungai dan juga rawa. Makanan utamanya adalah cacing dan segala jenis ikan kecil. 


 


-Program sampingan menangkap Belut merupakan salah satu inisiatif daripada pihak AADK Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pihak Mara Pasir Puteh.Program ini adalah bertujuan untuk membantu Klien Pengawasan di AADK Daerah Pasir Puteh bagi  membuka peluang kepada klien untuk mencari sumber pendapatan sampingan bagi menyara keluarga.
 
​Usaha ini secara tidak langsung dilihat dapat membantu klien mendapatkan ilmu berkaitan bagaimana proses membuat "Tukir Belut" dari mula pembuatan tukir sehingga ke proses menangkap belut



Objektif Program
-Menyediakan latihan kerjaya yang berkualiti serta praktikal selaras dengan keperluan klien AADK bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

-Membantu klien AADK untuk mendapatkan peluang pekerjaan;

-Menyediakan platform untuk pembangunan kerjaya dan keusahawanan kepada klien AADK supaya klien mampu berdikari dan mempunyai pekerjaan.


AADK DAERAH PASIR PUTEH

Powered by Blogger.

Followers

Popular Posts